JABATAN HASIL |
|
Apa itu cukai taksiran?
|
Cukai taksiran atau cukai pintu adalah cukai yang dikenakan terhadap semua pegangan atau harta tanah di kawasan MPAJ. Kuasa untuk mengenakan cukai taksiran atau cukai pintu adalah selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengenakan kadar ke atas pegangan-pegangan-pegangan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis. |
Jenis harta apakah yang dikenakan cukai taksiran? |
Semua pegangan persendirian seperti bangunan kediaman, bangunan komersial, bangunan industri, tanah pertanian dan termasuk tanah kosong/lot tanah yang belum dibangunkan. |
Adakah tanah kosong juga dikenakan cukai taksiran? |
Ya,tanah kosong yang bermilik TIDAK dikecualikan daripada cukai taksiran.
|
Mengapa cukai taksiran dikuatkuasakan?
|
Cukai taksiran dikuatkuasakan bagi: a. Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, pembersihan jalan, parit dan pemotongan rumput. b. Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar. c. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan. d. Pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar padang permainan kanak - kanak, tempat rekreasi dan sebagainya. e. Pelaksanaan program-program Majlis yang melibatkan warga MPAJ. |
Berapa kali bil cukai taksiran dikeluarkan dalam setahun dan bila ianya patut dibayar?
|
Merujuk kepada Seksyen 133 Akta 171, Cukai taksiran hendaklah dibayar tiap-tiap setengah tahun (2 kali setahun) a. Setengah tahun pertama (Januari-Jun) tarikh akhir bayaran adalah sebelum @ pada akhir bulan Februari setiap tahun. b. Setengah tahun kedua (Julai - Disember) tarikh akhir bayaran adalah sebelum atau pada akhir bulan Ogos setiap tahun.
|
Bagaimana saya hendak menukar alamat surat menyurat bagi bil saya?
|
Pemilik boleh memaklumkan kepada Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah, MPAJ melalui surat atau e-mel sekiranya ingin menukar alamat pos bagi tujuan penghantaran bil cukai taksiran atau ke Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4 , Menara MPAJ.
|
Borang Kenyataan Pindaan Maklumat / Alamat surat menyurat boleh di muat turun dari Laman Web MPAJ melalui http://www.mpaj.gov.my
|
|
Adakah cukai taksiran dikenakan ke atas pegangan yang kosong dan tidak didiami? Perlukah saya membayar cukai bagi rumah yang kosong?
|
Ya, Cukai kena dibayar ke atas semua pegangan samada diduduki atau tidak. Walaubagaimana pun, jika bangunan tersebut kosong, pemilik boleh memohon tuntutan remisi ke atas tempoh kekosongan tersebut mengikut syarat dalam borang permohonan remisi. Borang permohonan boleh didapati di: a. Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah. Aras 12, Menara MPAJ b. Kaunter Khidmatan Pelanggan Aras 4, Menara MPAJ. c. Muat turun dari www.mpaj.gov.my
|
Dimanakah saya boleh menyemak jumlah bayaran cukai taksiran? |
Semakan boleh dibuat dengan melayari:
a. ICOMM di Laman Web MPAJ; b. Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4, Menara MPAJ; atau c. Kaunter Bayaran Pejabat Cawangan Taman Melawati
|
Apakah kaedah bayaran yang boleh dilakukan untuk bayaran cukai taksiran?
|
Bayaran boleh dibuat secara :
Bil Cukai Taksiran boleh dicetak melalui perkhidmatan dalam talian (Online) dengan mendaftar di ICOMM, atau hadir ke Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4 Menara MPAJ dengan membawa salinan bil cukai taksiran, alamat harta dan / atau nombor akaun cukai taksiran.
|
Apakah perbezaan bil cukai taksiran warna biru dan merah ?
|
|
Saya ada bil cukai taksiran terkini dan bagaimana boleh dibayar tanpa perlu ke MPAJ ?
|
|
Berapakah denda maksimum boleh dicajkan kepada saya sekiranya lambat membayar cukai taksiran ?
|
Jawapan : Denda sebanyak RM 20.00 bagi setiap penggal |
Apakah MPAJ boleh lakukan sekiranya pemilik atau penghuni gagal menjelaskan cukai taksiran ?
|
Jawapan : Mengikut Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976, MPAJ boleh menyita apa-apa harta mudah alih. |