Mengapa perlu ada Pelan Kelulusan |
Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133), Tiada seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan. |
||
Apakah jenis kelulusan yang perlu dipohon? Berapa lamakah tempoh kelulusan |
1. Permit Ubahsuai dalaman/ Permit kerja kecil bangunan iaitu:
2. Kelulusan Pelan Tambahan dan Ubahsuai iaitu:
3. Kelulusan Pelan Bangunan iaitu:
|
||
Adakah bayaran dikenakan bagi setiap permohonan?
Berapa jumlah bayaran? |
|
||
Denda/Kompaun |
Denda akan dikenakan bagii setiap kesalahan iaitu:
|
||
Adakah garis panduan disediakan oleh pihak Majlis? |
|
||
Saiz |
Warna |
Hitam/Putih |
Pelajar |
A1 |
RM300 |
RM100 |
- |
A2 |
RM150 |
RM75 |
- |
A3 |
RM75 |
RM40 |
RM10 |
A4 |
RM30 |
RM15 |
RM5 |
Berapa lamakah tempoh bagi proses permohonan kebenaran merancang? |
Tempoh bagi proses permohonan kebenaran merancang adalah 57 hari dengan syarat dokumen adalah lengkap. Tempoh bagi proses permohonan Kebenaran Merancang serentak dengan pelan kerja tanah/infrastruktur dan pelan bangunan adalah 80 hari (selaras dengan piagam OSC). |
||
Berapa lamakah tempoh sah laku Kelulusan Kebenaran Merancang (Borang C1)? |
Tempoh sah laku kelulusan kebenaran merancang adalah selama 1tahun selepas tarikh kelulusan dalam surat kelulusan Kebenaran Merancang (Borang C1) jika tiada sebarang kerja tanah dilakukan ditapak. |
||
Apakah proses seterusnya selepas kebenaran merancang diluluskan? |
Perlu mengemukakan permohonan dan mendapatkan kelulusan di jabatan berikut:- A) Pelan Kerja Tanah (JABATAN KEJURUTERAAN) |
||
Apakah kategori pembangunan yang perlu melalui proses bantahan pemilik lot berjiran secara pentadbiran? |
Selepas Rt MPAJ 2020 diwartakan, prosedur notis bantahan kepada pemilik lot berjiran di jalankan secara pentadbiran ke atas permohonan tertentu sahaja iaitu: a) Permohonan Kebenaran Merancang bagi tukarguna bangunan sementara daripada kediaman kepada tadika/ taska/ pusat jagaan/ pusat kebajikan. b) Permohonan Kebenaran Merancang bagi menukar lot-lot rumah kediaman kepada perniagaan yang telah dibenarkan dan dizonkan di dalam RT MPAJ 2020. c) Permohonan Kebenaran Merancang bagi pembangunan yang perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif alam Sekitar (KSAS). d) Permohonan Kebenaran Merancang meroboh dan membina semula rumah / kedai/ kilang teres yang berkongsi dinding. Bagi pembangunan selain dari permohonan diatas, papan notis pembangunan perlu dipasang di atas tapak cadangan. |
||
Berapa lamakah tempoh masa diberikan kepada pemilik lot berjiran untuk mengemukakan pandangan atau bantahan? |
14 hari dari tarikh notis disampaikan.
|
||
Bagaimanakah cara untuk mengemukakan / menjawab notis bantahan? |
Melalui e-mel dan faks ke Jabatan Perancang Bandar. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh merujuk terus ke Jabatan Perancang Bandar melalui talian 03-42968008 atau sila datang ke kaunter Jabatan Perancang Bandar.
|
||
Apakah pandangan/bantahan diterima? |
Segala pandangan / bantahan akan didengar di dalam Sesi Pendengaran Taklimat Projek Pembanguanan sebelum di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC. |
||
Berapa lamakah tempoh bagi proses permohonan Pelan Pra-Hitungan? |
Tempoh bagi proses permohonan pelan pra hitungan ialah 30 hari dengan syarat permohonan/ dokumen adalah lengkap. |
||
Berapa lamakah tempoh bagi memproses dan memberi sokongan CCC? |
Tempoh bagi memproses dan memberi sokongan CCC ialah 14 hari dengan syarat permohonan/Dokumen adalah lengkap.. |
||
Berapa lamakah tempoh bagi proses permohonan menamakan Taman, Bangunan dan Alamat? |
Tempoh bagi memproses permohonan menamakan taman, bangunan dan alamat ialah 30 hari dengan syarat pemohon / dokumen adalah lengkap. |
||
Apakah jenis-jenis Pembangunan yang dibenarkan untuk tanah pemohon? |
Semua jenis pembangunan dengan syarat mematuhi semus keperluan Akta, Rancangan Tempatan MPAJ 2020 (Pengubahan 2), selaras dengan syarat nyata tanah dan garis panduan berkaitan. |
||
Apakah jenis pembangunan yang dikenakan caj pemajuan? |
Caj pemajuan dikenakan jika suatu Rancangan Tempatan atau pengubahan Rancangan Tempatan mengakibatkan tiga jenis perubahan seperti berikut: a) Perubahan penggunaan tanah. b) perubahan ketumpatan (kepadatan atau densit) c) Perubahan luas lantai (nisbah plot) |
||
Apakah syarat-syarat asas untuk mengadakan skim komuniti berpengawal (guarded community) di MPAJ? |
Syarat-syarat asas permohonan adalah seperti berikut: a) Pemohonan dikemukakan oleh Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan ROS. b) Mendapat persetujuan 75% daripada bilangan unit rumah yang berpenghuni. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dangaris panduan berkaitan di Jabatan Perancangan Bandar. |