1) Educated
- Sentiasa mengemaskini diri masing-masing dengan ilmu dan pengetahuan yang terbaharu dalam bidang masing-masing.
2) Efficient
- Cekap - iaitu menghayati sepenuhnya konsep menghasilkan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan dengan menggunakan pendekatan kualiti pengurusan menyeluruh.
3) Effective
- Berkesan - bermakna segala program yang dijana hendaklah berkesan dan memberi manfaat kepada golongan sasaran. Dalam hal ini , perlu diseimbangi antara kuantiti dan kualiti, antara substance dengan forms.
4) Electronic Government
- Kerajaan elektronik - iaitu wadah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam abad ke 21 dan merupakan anjakan paradigma bertujuan mempercepatkan dan memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan dan juga urusan antara jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan serta diantara sektor awam dengan sektor swasta.
5) Environment
- Persekitaran yang kondusif – Kerajaan Negeri akan menitik beratkan penjagaan alam sekitar dalam semua aktiviti pembangunan.