JABATAN HASIL |
|
Apakah jenis-jenis kutipan yang dikutip oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya?
|
1.1 Hasil Cukai Taksiran |
Apakah Jenis harta yang dikenakan cukai taksiran? |
Semua pegangan persendirian seperti :- 2.1 Bangunan kediaman |
Berapa kali bil cukai taksiran dikeluarkan dalam setahun dan bila ianya patut dibayar? |
Merujuk kepada Seksyen 133 Akta 171, Cukai taksiran hendaklah dibayar tiap-tiap setengah tahun (2 kali setahun) 3.2 Setengah tahun kedua (Julai - Disember) tarikh akhir bayaran adalah sebelum atau pada akhir bulan Ogos setiap tahun.
|
Di manakah cukai taksiran boleh dibayar dan apakah kaedah bayarannya?
|
|
Bagaimana saya hendak mengemaskini maklumat atau menukar alamat surat menyurat bil cukai taksiran saya?
|
5.1 Pemilik boleh berhubung dengan Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah (JPPH), MPAJ melalui surat atau e-mel kepada : jpph [at] mpaj [dot] gov [dot] my atau hadir ke Kaunter JPPH di Lobi, Aras 4 , Menara MPAJ. ( Borang-borang berkaitan pengemaskinian maklumat boleh di muat turun dari Laman Web MPAJ melalui https://www.mpaj.gov.my ) (a) Borang Kenyataan Pindaan Maklumat / Alamat Surat Menyurat
|
Dimanakah saya boleh menyemak jumlah bayaran cukai taksiran?
|
Semakan boleh dibuat dengan melayari: 6.1 iCOMM di Laman Web MPAJ ( versi komputer ) |
Bagaimana saya boleh mendapatkan bil cukai taksiran, sekiranya saya tidak menerima bil tersebut?
|
Bil Cukai Taksiran boleh dicetak melalui perkhidmatan dalam talian (Online) dengan mendaftar di iCOMM, atau hadir ke Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4, Menara MPAJ dengan membawa salinan bil cukai taksiran, alamat harta dan / atau nombor akaun cukai taksiran. |
Apakah perbezaan bil cukai taksiran warna biru dan merah?
|
8.1 Bil warna biru adalah untuk jumlah yang perlu dibayar bagi tempoh semasa (Januari-Februari dan Julai-Ogos) 8.2 Bil warna merah adalah notis / Borang E susulan kelewatan menjelaskan cukai taksiran (Mac dan September) |
Adakah saya akan dikenakan sebarang caj sekiranya lewat menjelaskan bil cukai dalam tempoh yang ditentukan? Berapakah jumlah caj tersebut. |
Jawapan : Ya, kelewatan menjelaskan cukai taksiran akan dikenakan caj notis Borang E bernilai RM20.00.
|
Apakah MPAJ boleh lakukan sekiranya pemilik atau penghuni gagal menjelaskan cukai taksiran ? |
Jawapan : Mengikut Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976, MPAJ boleh menyita apa-apa harta mudah alih yang dijumpai dalam kawasan premis. |