Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
1. Pengecualian Cukai Taksiran hanya diberikan kepada pemilik harta kediaman kampung (pegangan) sahaja.
2. Harta kediaman kampung (pegangan) tersebut dimiliki oleh PEMILIK HARTA YANG BERDAFTAR SAHAJA. (Pasangan/ahli keluarga atau wakil di kalangan pemohon tidak boleh menuntut atau diberi pengecualian Cukai Taksiran untuk kali ke-2 permohonan)
3. Permohonan hanya boleh dibuat atas satu (1) akaun permohonan sahaja.
4. Hartanah yang dimohon pengecualian hendaklah berkeluasan bawah dari 2000 kaki persegi atau 185.80 meter persegi.
5. Pendapatan isi rumah adalah RM5000 dan ke bawah. (Bagi yang telah berkahwin, ini adalah termasuk pendapatan pasangan yang bukan merupakan warganegara MALAYSIA)
6. Sila kemukakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan/disyaratkan bersama Borang Permohonan Pengecualian Cukai Taksiran berserta:-
a) Salinan kad pengenalan pemilik harta kediaman kampung (pegangan).
b) Salinan Hakmilik yang terkini (GERAN) atau Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchased Agreements) bagi mengesahkan pemilikan harta tanah tersebut.
c) Bil Cukai Taksiran terkini yang telah dijelaskan (TIADA TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN).
d) Salinan slip gaji terkini atau surat pengesahan jumlah pendapatan bulanan yang diterima (bagi yang bekerja sendiri) dan disahkan oleh Institusi Perbankan @ Ketua Kampung @ JKKK.
7. Harta kediaman kampung (pegangan) dengan kegunaan kediaman tersebut mestilah didiami oleh pemilik pegangan dan TIDAK DISEWAKAN.
8. Pengecualian Cukai Taksiran dilakukan berdasarkan penerimaan permohonan sahaja.
|