MENU

KEMPEN PENGURANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK

Apakah tujuan kempen ini dilaksanakan?

 

Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk memelihara alam sekitar berikutan pembuangan plastic menyebabkan pencemaran di mana beg plastic tidak boleh diurai sepenuhnya, sering tersangkut di dalam longkang dan akhirnya dibawa arus mengakibatkan pencemaran sungai serta laut serta menjadi salah satu factor kepada berlakunya banjir kilat.

 

Mengapakah plastic dikenakan caj 20 sen bagi setiap helai yang diberikan kepada pengguna?

 

Pengenaan caj 20 sen bagi setiap beg plastic adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastic dan menggalakkan orang awam untuk membawa beg mereka sendiri dari rumah dan menggunakan produk yang lebih mesra alam sekitar bagi menggantikan plastic.

 

Ke manakah hasil kutipan caj 20 sen itu disalurkan? Adakah menjadi pendapatan tambahan peniaga atau diserahkan kepada pihak kerajaan?

 

Hasil kutipan caj 20 sen tersebut perlu digunakan oleh pihak peniaga bagi melaksanakan program terutamanya yang berkaitan program pemuliharaan alam sekitar. Program tersebut boleh dijalankan oleh pihak peniaga samada secara persendirian, secara penganjuran bersama dengan lain-lain syarikat atau NGO atau secara kerjasama bersama pihak MPAJ. Laporan program hendaklah dikemukakan kepada pihak MPAJ selepas program tersebut dianjurkan bagi tujuan rekod.

 

Adakah semua jenis plastic perlu dikenakan caj sebanyak 20 sen?

 

Ya. Semua jenis plastic tanpa mengira saiz atau jenis bagi tujuan membawa barang-barang yang dibeli (beg membeli-belah) perlu dikenakan caj sebanyak 20 sen bagi setiap helaian yang digunakan kecuali ke atas barangan seperti berikut :

  • Makanan dan tumbuh-tumbuhan
  • Makanan yang mentah (ikan, lembu, ayam, kambing, khinzir dan produk daging)
  • Makanan untuk haiwan dan kegunaan manusia (gula-gula, pellet makanan haiwan atau makanan dalam bekas yang tidak cukup selamat untuk mengelakkan kebocoran semasa pengendalian.
  • Biji benih yang tidak dibungkus, bunga, sayuran yang diselaputi tanah (seperti kentang, akar, halia)
  • Produk
  • Ubat-ubatan preskripsi
  • Bahan racun yang bahaya
  • Ikan hidup dan hidupan akuatik

 

Adakah kempen ini hanya tertakluk ke atas pasaraya besar sahaja?

 

Kempen ini adalah menyeluruh kepada semua premis perniagaan termasuk premis makanan dan pasar malam.

 

Adakah tindakan penguatkuasaan undang-undang akan dikenakan kepada peniaga sekiranya didapati tidak melaksanakan arahan kempen?

 

Ya. Tindakan penguatkuasaan seperti kompaun dan pembatalan lessen perniagaan akan dikenakan ke atas mana-mana peniaga yang sengaja memberikan beg plastic secara percuma kepada pelanggan.