MENU
 

 

Latar Belakang Jawatankuasa Penduduk MPAJ

Diasaskan pada 1hb Julai 1992 melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbiran MPAJ terletak di dalam dua pusat Pentadbiran Tanah Daerah iaitu Hulu Langat dan Gombak yang berkeluasan 143.5 km persegi. Sebagai sebuah Kerajaan di peringkat ketiga, MPAJ mempunyai tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan bermutu kepada penduduknya yang dianggarkan berjumlah 57,000

 

Objektif

  1. Mempertingkat dan memperkemaskan fungsi dan peranan Ahli Majlis
  2. Mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman antara pihak Majlis dan penduduk
  3. Menjadi pengantara dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk
  4. Merapatkan hubungan silarturrahim di kalangan penduduk
  5. Memantau dan menyelaras bantuan kepada Persatuan-Persatuan Penduduk
  6. Merancang, melaksana dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan
  7. Memantau perjalanan dan aktiviti Persatuan Penduduk daripada kegiatan negatif

 

Misi

Memberi perkhidmatan perbandaran yang berkualiti tinggi kepada semua penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya

 

Aktiviti

Perlaksanaan Aktiviti

  • JKP setiap zon perlu merangka dan merancang aktiviti dan program bagi tempoh satu tahun.
  • Aktiviti yang hendak dilaksanakan perlulah mendapatkan persetujuan Ahli Jawatankuasa
  • Setiap perancangan aktiviti dan program perlulah mendapatkan kelulusan daripada JKP Induk terlebih dahulu sebelum dilaksanakan

Tumpuan Aktiviti

  • Mengutamakan program-program yang mewujudkan semangat kejiranan dan setiakawan
  • Pelbagaikan aktiviti dan program yang menyatukan pelbagai kaum
  • Lebih kepada program pencegahan melalui aktiviti seperti gotong-royong, kebersihan, sukan serta pengindahan kawasan sekeliling