MENU
 

JABATAN UNDANG-UNDANG

Adakah kadar kompaun boleh dirayu atau dikurangkan?

Tidak semua kompaun boleh dikurangkan dan tertakluk kepada Garis Panduan Kompaun yang telah dikeluarkan dan juga berdasarkan kepada rayuan serta fakta kes Orang Kena Kompaun (OKK).

Di manakah bayaran kompaun boleh dibuat?

Bayaran kompaun boleh dibuat di lokasi-lokasi berikut:                                                  

a) Kaunter Bayaran Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah.                                 (Waktu operasi 8.00 pagi - 5.00 petang)

b) Pejabat Cawangan MPAJ, Bazar Melawati, Taman Melawati.                                                         (Waktu operasi 8.00 pagi - 5.00 petang)

Bagaimanakah cara bayaran kompaun boleh dibuat?

- Bayaran Kompaun boleh dibuat secara tunai, wang pos,kiriman wang atau bank deraf.           - Bayaran melalui cek adalah tidak diterima 

Bolehkah kompaun di bayar secara dalam talian (online)?

Boleh, dengan melayari laman sesawang icomm.mpaj.gov.my.

Mengapakah kompaun masih dikeluarkan walaupon kupon atau pas bulanan telah dibeli?

- Kupon atau pas bulanan mungkin tidak dipamerkan di cermin kereta, dashboard atau di tempat yang mudah dilihat oleh anggota penguatkuasa.

- Kupon atau pas bulanan telah tamat tempoh sah.

Mengapa anggota penguatkuasa mengeluarkan kompaun sedangkan pemilik kenderaan sedang membeli kupon?

Kerana semasa anggota penguatkuasa membuat pemeriksaan ke atas kenderaan di tempat letak kereta, tiada kupon atau pas bulanan sah yang dipamerkan di cermin kereta, dashboard atau di tempat yang mudah dilihat oleh anggota penguatkuasa.                                                 

Mengapa kompaun dikeluarkan ke atas kenderaan yang sedang memunggah barang dalam tempoh yang singkat?

Mana-mana kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta hendakla membeli kupon letak kereta walaupun dalam tempoh yang singkat atau untuk tujuan memunggah barang.

Mengapa notis peringatan masih diterima walaupun bayaran kompaun telah dijelaskan?

Rekod bayaran mungkin masih belum dikemaskini atau terdapat masalah teknikal pada sistem.  Pihak tuan boleh mengabaikan notis peringatan tersebut sekiranya kompaun telah dibayar atau pihak tuan boleh merujuk kepada Jabatan Undang-Undang MPAJ untuk semakan dan pengesahan lanjut.

Adakah Pemilik kenderaan yang baru perlu bertanggungjawab terhadap kompaun yang dikeluarkan sewaktu kenderaan berada dalam milikan pemilik yang lama?

Pemilik kenderaan yang baru tidak perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan sewaktu kenderaan berada dalam milikan pemilik yang lama. Pemilik kenderaan hendaklah mengemukakan salinan hakmilik kenseraan sebagai bukti dan untuk rekod pihak MPAJ.