MENU
 

PROGRAM PENGKOMPOSAN SISA MAKANAN

Apakah tujuan program ini dilaksanakan?

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran melalui penghasilan baja kompos seterusnya dapat mengurangkan  penjanaan sisa pepejal dan memelihara alam sekitar untuk kita dan generasi akan datang.

Bagaimanakah sisa makanan harus diuruskan?

Sisa makanan yang telah bercampur (tidak boleh dimakan) : Sisa makanan ini boleh dijadikan sebagai baja kompos, soil enhancer, penambahan humus atau humic acids bagi meningkatkan kesuburan tanah dan lain-lain.

Apakah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat baja kompos?

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan baja kompos adalah :

  • Sisa Makanan
  • Buah-buahan/kulit buah-buahan
  • Sayuran
  • Tulang Ikan
  • Mee, Nasi dan goring-goring
  • Roti dan biskut
  • Kuih
  • Rempah ratus
  • Kulit Telur
  • Kulit bawang
  • Pokok herba
  • Sisa kebun

Apakah bahan-bahan yang tidak boleh digunakan untuk membuat baja kompos?

Antara bahan-bahan yang tidak boleh digunakan untuk menghasilkan baja kompos adalah :

  • Kaca dan Plastik.
  • Kuah (sup, kari, tomyam)
  • Tulang ayam
  • Susu
  • Perut ikan dan perut ayam mentah
  • Semua jenis cecair.

Jelaskan kaedah-kaedah biasa untuk menghasilkan baja kompos?

 

Antara kaedah-kaedah penghasilan baja kompos adalah seperti berikut :

  1. Composting Bin
  2. Vermikompos
  3. EM-Bokashi
  4. Takakura Home Method
  5. Kaedah timbunan (heat method)
  6. Kaedah petak cetak/ kaedah bata (shallow compartment method)
  7. Kaedah Mekanikal (Mesin)
  8. Kaedah bio-regen
  9. Kaedah mudball

Mengapa perlu pengkomposan?

 

Antara faedah-faedah pengkomposan ialah:

  1. Manfaat alam sekitar dengan kitar semula sumber organik berharga.
  2. Menjimatkan wang pembelian baja kimia untuk tumbuh-tumbuhan.
  3. Bertindak sebagai perapi tanah yang baik dan menambah jumlah nutrisi tanah.
  4. Menjimatkan air dengan mengekalkan kelembapan dalam tanah.
  5. Membantu dalam penjimatan kos kutipan sisa pepejal dan memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Siapakah yang patut dihubungi untuk melaksanakan program ini & maklumat lanjut?

 

Sila hubungi :

  • Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Alam Sekitar & Penjaja, MPAJ

              (No. Tel : 03-4285 7007/ 4285 7235)