MENU

UNIT KAWALAN PERNIAGAAN, BAHAGIAN KESIHATAN

Apakah sistem penggredan premis makanan di kawasan MPAJ?

 

Sistem Penggredan Premis Makanan adalah seperti berikut: Gred A = 86 hingga 100%

Gred B = 71 hingga 85%

Gred C = 51 hingga 70%

Tiada Gred = bawah 50%

Apakah penarafan premis makanan mengikut Gred?

 

Gred A = Amat Bersih

Gred B = Bersih

Gred C = Kurang Bersih

Tiada Gred = Tidak Bersih

 

Adakah semua premis makanan memperolehi sijil bersih di dalam kawasan MPAJ?

 

Tidak,

Sijil Bersih hanya premis mkanan yang memperolehi Gred A dan Gred B sahaja.

 

Berapa kekerapan MPAJ menjalankan pemeriksaan dan penggredan premis makanan?

 

Kekerapan pemeriksaan dan penggredan premis makanan di kawasan MPAJ adalah seperti berikut :

Gred A = semakan selepas 2 tahun;

Gred B = semakan selepas 1 tahun;

Gred C = semakan selepas 6 bulan;

Tiada Gred = semakan dalam tempoh 14 hari/ disenaraikan operasi penutupan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)

 

Apakah penyakit Demam Kepialu (tifoid)?

 

Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

 

Bagaimanakah  Penyakit Demam Kepialu Merebak ?

 

- Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.

- Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.

- Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.

- Menggunakan bekalan air tidak bersih.

 

Apakah Kawalan Utama untuk pencegahan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan?

 

Mendapatkan suntikan vaksin tifoid bagi semua pengendali makanan di mana-mana klinik yang diiktiraf oleh KKM

                                  

Bagaimana caranya untuk saya mendaftar premis makanan / minuman dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?

 

Untuk mendaftar premis, pihak syarikat digalakkan mendaftar secara online di laman web FOSIM (http://fosimdomestic.moh.gov.my/)  . Sekiranya memerlukan bantuan untuk mendaftar premis, sila datang ke Pejabat Kesihatan Dareah yang berdekatan dengan premis tuan/puan.

 

Di mana sekolah yang menjalankan Kursus Pengendalian Makanan

Tuan/puan boleh rujuk ke lawan web Bahagian Keselamatan dan Kualiti makanan,KKM untuk Senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=96

 

Kenapa perlu pasang perangkap minyak (grease trap) di premis makanan?

 

Bagi mengatasi masalah pencemaran air sungai, negara-negara maju sudah lama memperkenalkan perangkap minyak dan mengenakan syarat pemasangannya di premis makanan. Perangkap minyak adalah sejenis alat yang dipasang di premis makanan untuk mengasingkan sisa makanan dan minyak dari air limbah. Ini bertujuan bagi menapis air limbah dari premis tersebut sebelum air disalurkan ke dalam sistem pembentungan. Pemasangan perangkap minyak di premis makanan merupakan langkah yang paling praktikal dalam menangani masalah pencemaran air sungai dari sisa makanan, minyak dan gris. Terdapat dua jenis perangkap minyak di pasaran yang pertama jenis komunal yang dipasang untuk menampung bagi beberapa premis makanan dan yang kedua adalah jenis individu bagi yang dipasang bagi setiap premis. Kapasiti prangkap minyak adalah mengikut kuantiti air limbah yang terhasil.