MENU
 

Asal Usul Ampang Jaya

 

Asal-usul Nama 'Ampang'

  • Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah.
  • Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'.
  • Sejarah Ampang berkait dengan sejarah Kuala Lumpur kerana di bangunkan oleh orang yang sama iaitu Yap Ah Loy (pengusaha lombong bijih berbangsa Cina). Penduduk asal orang Melayu di kawasan Ampang adalah keturunan Bugis dari Sumatera.

 

Keluasan
Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya ialah 3,859 hektar. Terdapat 12 kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -

  1. Kampung Melayu Ampang
  2. Kampung Tasik Permai
  3. Kampung Tasik Tambahan
  4. Kampung Ampang Campuran
  5. Kampung Ampang Indah
  6. Kampung Pandan
  7. Kampung Cheras Baru

 

Ampang Pra Merdeka

  • Raja Abdullah merupakan Raja pertama Daerah Kelang telah membuka lombong bijih timah di Ampang, Kuala Lumpur.
  • Raja Abdullah telah membawa seramai 87 orang pekerja Cina dari Lukut dan tinggal di Sungai Kelang. Semasa beliau dan pengikut-pengikutnya sampai ke persimpangan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak beliau telah menamakan tempat tersebut sebagai ‘Lumpor’.
  • Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua iaitu zaman peralihan antara kekalahan dan pemerintahan semula kerajaan British, Tanah Melayu ketika itu telah dikuasai oleh pengganas komunis atau dipanggil Bintang Tiga (tempoh empat belas hari komunis memerintah Malaya).
  • Berikutan dengan pemerintahan ini, Bukit Belacan yang terletak di kawasan Ampang telah dijadikan tempat memancung kepala pengikut tentera Jepun oleh pihak komunis.
  • Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.