ENDOWMEN MPAJ | |
Apa itu Endowmen MPAJ |
Endowmen MPAJ merupakan suatu dana sumbangan atau derma ikhlas dan sukarela daripada pebagai pihak yang akan dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat umumnya. |
Takrifan dan punca kuasa Endowmen |
Endowmen adalah sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai, saham, tabung pelaburan atau harta modal atau dalam apa-apa bentuk yang cara-cara penggunaannya telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah MPAJ dan lunas-lunas perundangan negara. “ Hasil sesuatu pihak berkuasa tempatan adalah terdiri daripada : (d) Semua hasil lain yang terakru kepada pihak berkuasa tempatan itu daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau daripada mana-mana badan berkanun, pihak berkuasa tempatan lain atau daripada mana-mana punca lain sebagai pemberian, sumbangan, derma kekal (endowmen) atau lain-lain. “ |
Endowmen MPAJ dan kaitannya dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) |
SDGs merupakan teras agenda 2030 bagi pembangunan mampan yang dipersetujui oleh ketua-ketua negara dan masyarakat antarabangsa pada 25 September 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 17 Teras SDGs ini berkaitan integrasi dan keseimbangan dalam tiga dimensi pembangunan mampan iaitu merangkumi sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam pelaksanaannya di peringkat pihak berkuasa tempatan. SDG 1 : Tiada Kemiskinan
SDG 2 : Kelaparan Sifar
SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan
SDG 4: Pendidikan Berkualiti
SDG 8: Pekerjaan Baik Dan Pembangunan Ekonomi
SDG 9: Industri, Inovasi Dan Infrastruktur
SDG 11: Bandar Dan Masyarakat Mampan
SDG 13: Tindakan Iklim
|
Saluran sumbangan kepada Endowmen MPAJ |
4.1 Potongan gaji (kakitangan MPAJ sahaja) |