MENU
 

JABATAN KEJURUTERAAN

KERJA-KERJA PEMBINAAN JAMBATAN DAN MENAIK TARAF
PERSIMPANGAN JALAN PANDAN UTAMA – JALAN PANDAN INDAH DAN
JALAN PANDAN MEWAH, AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Bilakah projek bermula dan tempoh masa akan siap?

  • Kerja-kerja pembinaan jambatan dan menaik taraf persimpangan telah bermula pada Ogos 2023 dan jangkaan siap pada awalnya adalah dalam tempoh 18 bulan iaitu Disember 2024. Namun dijangka projek ini tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya memandangkan terdapat kabel elektrik dan telekomukasi yang perlu dialih terlebih dahulu. Antara skop kerja yang terlibat dalam kontrak ini adalah pengalihan kabel utiliti, pembinaan cerucuk, pembinaan dua (2) jambatan merentasi Sungai Kerayong, pembinaan jalan dan kerja menaiktaraf semula lampu isyarat. Oleh yang demikian, sebahagian jalan perlu ditutup bagi tempoh sementara bermula 1 Ogos 2024 sehingga 1 Februari 2025 bagi membenarkan kontraktor utama melaksanakan kerja pembinaan.

Berapakan kos yang terlibat?

  • Dianggarkan berjumlah RM7.294 juta. Kos pembinaan jambatan dan menaik taraf persimpangan ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mengapa kerja-kerja pembinaan jambatan dan menaik taraf persimpangan dilaksanakan?

  • Kerja-kerja pembinaan jambatan dan menaik taraf persimpangan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bersama MPAJ untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas terutamanya di Persimpangan Jalan Pandan Indah dan Jalan Pandan Utama menghala ke Jalan Pandan Mewah. Selain itu, kerja-kerja ini mampu membantu menguraikan kesesakan lalu lintas disebabkan jalan berikut merupakan laluan utama ke sebahagian besar taman-taman perumahan dan Hospital Ampang. Jalan ini juga merupakan laluan penghubung daripada Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) ke Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Adakah terdapat laluan alternatif?

  • Ya, terdapat laluan alternatif disediakan seperti berikut :
    i. Jalan Padan Muhibbah
    ii. Jalan Bunga Mawar 4
    iii. Jalan Pandan Mewah

Adakah langkah-langkah pengurangan kesesakan lalu lintas dilaksanakan?

  • Ya, MPAJ mengambil beberapa inisiatif seperti berikut:

i. Pelan Pengurusan Trafik (TMP)
a. Menyediakan dan melaksanakan TMP yang komprehensif bagi memastikan aliran trafik lancar.
b. Memasang papan tanda maklumat dan arahan untuk pemandu.

ii. Penyelarasan Waktu Kerja
Penetapan waktu kerja yang tidak mengganggu waktu puncak.

iii. Laluan alternatif
a. Menyediakan dan memaklumkan pengguna jalan raya mengenai laluan alternatif.
b. Memasang papan tanda arah untuk laluan alternatif di kawasan strategik.

iv. Kerjasama strategik bersama Pihak Berkuasa
a. Mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Warden Trafik MPAJ bagi kawalan lalu lintas.
b. Mengadakan sesi dialog bersama komuniti, sekolah, hospital dan lain-lain sekiranya diperlukan.

v. Makluman awal
a. Mengedarkan notis awal kepada penduduk setempat, sekolah, hospital, pengguna jalan raya dan lain-lain mengenai kerja-kerja yang akan dilaksanakan.
b. Papan tanda pemakluman kerja, saluran aduan dan laluan alternatif turut dipasang pada laluan utama.
c. Menyediakan poster makluman seperti di lampiran 1.

vi. Pengawal Trafik
Menempatkan pengawal trafik di lokasi strategik bagi membantu mengurus aliran trafik.

Bagaimana aduan boleh dibuat?

  • Aduan boleh dikemukakan terus ke Jabatan Kejuruteraan MPAJ di talian 03-4285 7300 (waktu pejabat) atau kepada kontraktor yang dilantik di talian 011-1563 4180.
  notis penutup jalan       

 

Disediakan oleh:

Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Kemas kini 16 Julai 2024