MPAJ 07/01/04-639/2025
CADANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN AMPANG PUTRA, AMPANG, SELANGOR
PENDAFTARAN
Masa : 9.00 Pagi - 12.15 Tengah Hari
Tarikh: 09 Mei 2025 (Jumaat)
Tempat : Auditorium, Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
KOD BIDANG BARU : G4
PENGKHUSUSAN : CE01 & CE21
HARGA DOKUMEN: RM 250.00 (Wang Tidak Akan Dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
09 Mei 2025 (Jumaat) sehingga 30 Mei 2025 (Jumaat) pada 12.00 Tengah hari
TARIKH TUTUP
30 Mei 2025 (Jumaat) , Sebelum atau pada jam 12.00 tengahari , Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
Nota:
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, SSM dan UPEN yang masih sah.
- Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
- Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 09 Mei 2025 (Jumaat) di Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK dengan CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup tender ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup tender, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftraan dengan CIDB perlu dikemukakan.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.