MENU
 

MPAJ 07/01/04-639/2025

CADANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN AMPANG PUTRA, AMPANG, SELANGOR

 

PENDAFTARAN

Masa : 9.00 Pagi - 12.15 Tengah Hari

Tarikh: 09 Mei 2025  (Jumaat)

Tempat : Auditorium, Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya

KOD BIDANG BARU : G4

PENGKHUSUSAN : CE01 & CE21

HARGA DOKUMEN: RM 250.00 (Wang Tidak Akan Dikembalikan)

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

09 Mei 2025 (Jumaat) sehingga 30 Mei 2025 (Jumaat) pada 12.00 Tengah hari

TARIKH TUTUP

30 Mei 2025 (Jumaat) , Sebelum atau pada jam 12.00 tengahari  , Lobi Aras 4, Menara MPAJ,                                                    Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

Nota:

  1. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, SSM dan UPEN  yang masih sah.
  1. Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
  1. Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
  1. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
  1. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  1. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
  1. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 09 Mei 2025 (Jumaat) di Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
  1. Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.
  1. Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK dengan CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup tender ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup tender, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftraan dengan CIDB perlu dikemukakan.
  1. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.
  1. Petender  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
  1. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
  1. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 07/01/04-639/2025
Tender Closing Date: 
Friday, 30 May 2025