MENU
 
Nama : Puan Azfalinda binti Mohamad Amin
Jawatan : Ketua Bahagian / Pegawai Tadbir (N10)
E-mel : azfalinda [at] mpaj [dot] gov [dot] my
No. Telefon : 03-4285 7097
Tingkat : 6

 

FUNGSI BAHAGIAN INTEGRITI

1) PENGESANAN DAN PENGESAHAN (P&P)

  • Bertanggungjawab dalam menjalankan siasatan Pengesanan dan Pengesahan (P&P) tertakluk daripada   arahan Ketua Bahagian, YDP atau keputusan Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM).
  • Menyediakan soalan siasatan untuk ulasan jabatan atau bahagian yang terlibat.
  • Melaksanakan rakaman percakapan semasa proses P&P dijalankan.
  • Menyediakan laporan rakaman percakapan.
  • Menyediakan laporan siasatan P&P yang lengkap dan syor untuk tindakan selanjutnya untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Menilai Maklumat.

 

2) TATATERTIB

  • Menyediakan kertas kerja bagi Mesyuarat Tatatertib.
  • Menyediakan minit Mesyuarat Tatatertib.
  • Menyediakan laporan keputusan dan tindakan tatatertib yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Tatatertib.
  • Bertanggungjawab dalam menyediakan surat pertuduhan.
  • Menyediakan rekod tatatertib.
  • Mengemas kini tindakan tatatertib dalam sistem AIMS SPRM.
  • Khidmat Nasihat Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Kelakuan dan Tatatertib) 2023.

 

3) PEMATUHAN

  • Bertanggungjawab sebagai badan pematuhan SPAR MPAJ.
  • Bertanggungjawab menyediakan dokumen Manual dan Prosedur Antirasuah MPAJ.
  • Mengemas kini dan membuat penambahbaikan dokumen Manual dan Prosedur Antirasuah secara berterusan.
  • Memastikan pematuhan klausa MS ISO37001:2016 oleh semua 13 jabatan dan 8 bahagian.
  • Memastikan penilaian SPAR MPAJ dilaksanakan pada setiap tahun.
  • Memastikan penyediaan dokumen-dokumen ABMS jabatan dan bahagian.
  • Menganalisa isu dalaman, luaran, pihak berkepentingan dan risiko rasuah MPAJ.
  • Menyemak pelan tindakan dan pemataaun ketua jabatan bagi risiko rasuah tinggi dan signifikan.
  • Menyediakan laporan pelaksanaan SPAR untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi ISO MPAJ dan Badan Pentadbir SPAR MPAJ.
  • Memastikan kesedaran Pelan Antirasuah MPAJ kepada pegawai dan kakitangan MPAJ.
  • Menguruskan sistem pengurusan kualiti jabatan  :
  1. Quality Management System (QMS) / Pelan Pengurusan Risiko 
  2. (ISMS)
  • Memberi maklum balas Bahagian Tatatertib dalam SPAN.
  • Melaksanakan naziran secara mengejut di Jabatan dan Bahagian MPAJ.
  • Membuat dan menyelaras lawatan mengejut YDP ke Jabatan dan Bahagian sekiranya perlu.
  • Melaksanakan saringan ujian air kencing kakitangan MPAJ dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Menyediakan kertas kerja, laporan dan syor pematuhan integriti.
  • Memastikan penilaian Pelan Antirasuah MPAJ dilaksanakan setiap tahun.
  • Memastikan maklumbalas pelaksanaan Pelan Tindakan Antirasuah MPAJ daripada 16 jabatan dan 6 bahagian.
  • Menganalisa pelaksanaan Pelan Tindakan Antirasuah.
  • Memastikan kesedaran Pelan Antirasuah MPAJ kepada kakitangan MPAJ.
  • Menyediakan kertas laporan pelaksanaan Pelan Antirasuah.
  • Bertanggungjawab sebagai urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pelan Antirasuah MPAJ.
  • Pelaporan Pelan Antirasuah MPAJ kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. 
  • Penyediaan SKU Bahagian Integriti.
  • Penyediaan belanjawan pejabat dan mengurusan semua tuntutan bayaran.
  • Menghadiri menyuarat peringkat Majlis, Negeri dan Kementerian.
  • Menyediakan dan bertanggungjawab bagi melaporkan aktiviti enam (6) fungsi Bahagian Integriti dan Pelan Antirasuah MPAJ dalam sistem AIMS SPRM.
  • Arahan dari masa ke semasa.

 

4) PENGUKUHAN INTEGRITI

  • Merancang dan menyediakan program pengukuhan integriti kepada kakitangan dan pihak kepentingan MPAJ.
  • Merancang senarai edaran titipan integriti berkaitan Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (kelakuan dan Tatatertib) 2023, Polisi Antirasuah dan peraturan Kuatkuasaan MPAJ.
  • Menjalinkan kerjasama dengan Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Institut Integriti Malaysia (IIM).
  • Melaksanakan program seperti dirancang .
  • Pelaporan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi ISO MPAJ.
  • Melaksanakan kursus penilaian Sistem Antirasuah MPAJ dan kursus penilaian Pelan Antirasuah MPAJ.

 

5) ADUAN

  • Mendaftar aduan di Bahagian Integriti.
  • Menyediakan maklumat aduan untuk dibincangkan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatakuasa Menilai Maklumat (JMM).
  • Ahli JMM ialah Ketua Bahagian, Penolong Pegawai Integriti dan Pembantu Tadbir Integriti.
  • Menyediakan minit mesyuarat JMM dan mengambil tindakan terhadap keputusan mesyuarat JMM untuk tindakan selanjutnya.
  • Bertanggungjawab menyelesaikan aduan Bahagian Integriti dalam tempoh 6 bulan daripada penerimaan aduan.
  • Menyediakan laporan rekod aduan Bahagian Integriti.
  • Melaporkan Pengurusan Aduan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi ISO MPAJ.
  • Pelaporan bulanan kehadiran kepada SUK.

 

6) TADBIR URUS

  • Menyelaraskan dan melaksanakan arahan Pekeliling, garis panduan dan lain-lain yang dikeluarkan oleh Majlis.
  • Menghadiri mesyuarat peringkat Majlis, Negeri dan Kementerian.
  • Bertanggungjawab menyemak laporan kehadiran setiap 13 jabatan dan 8 bahagian untuk tindakan pengesahan ketua bahagian.
  • Menyediakan maklumbalas Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Negeri Selangor.
  • Bertanggungjawab dalam membuat semakan bagi permohonan pinjaman computer, motorsikal dan perumahan.
  • Menyemak laporan keberhutangan serius kepada SUK Selangor.
  • Menguruskan sistem pengurusan kualiti jabatan :
  1. EKSA
  2. OSHA
  3. KIK
  • Penyediaan laporan bahagian.
  • Arahan dari masa ke semasa.

 

CARTA ORGANISASICARTA ORGANISASI BAHAGIAN INTEGRITI 17.3.2025

Sila klik untuk paparan lebih jelas

 

Kemas kini 19 Mac 2025