MENU
 

Dimaklumkan Pihak Kementerian Kerajaan Tempatan (KPKT), melalui Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membuka permohonan Program Baik Pulih Rumah Di Bandar dan Program Bina Baharu Rumah Di Bandar bagi Tahun 2024.

Dilampirkan borang permohonan serta syarat-syarat untuk rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Mohon tuan/puan bersama-sama membuat hebahan kepada penduduk yang berkelayakan.

 

1 - BORANG PERMOHONAN PROGRAM BAIK PULIH RUMAH DI BANDAR

2 - BORANG PERMOHONAN PROGRAM BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR

 

Sehubungan itu, pemohon hendaklah menghantar permohonan selewat-lewatnya pada 20 November 2023 (Isnin) ke alamat berikut:

 

Jabatan Belia, Masyarakat & Landskap 

Aras 9, Menara MPAJ, 

Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur, Selangor.

u/p : Unit Pembangunan Komuniti Dan Kebudayaan. 

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 03-4285 7012.