MENU
 
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-punca jerebu adalah akibat daripada pembakaran terbuka, asap dari kilang dan asap dari kenderaan.

Orang umum hendaklah hindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu.