MENU
 

 

ADDENDUM/PINDAAN TARIKH TUTUP : 6 JUN 2024 (Khamis), Sebelum atau pada jam 12.00 tengahari.

Taklimat pada: 24 April 2024 (9.30 pagi) di Auditorium Aras 5, Menara MPAJ.

1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MoF sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan mulai 24 April 2024 (Rabu) di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin-Jumaat).

3. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.

4. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

5. Petender perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen tender tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan MoF (termasuk lampiran A), SSM, UPEN , SKMM  dan SURAT PERWAKILAN KUASA yang MASIH SAH. 

7. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (dalam  dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.

8. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.

Tender Ref: 
MPAJ 02/03/04-249/2024
Tender Closing Date: 
Khamis, 6 Jun 2024