MPAJ 19/03/04-314/2025
CADANGAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI BANGUNAN MILIK MAJLIS DI ZON G (DEWAN SERBAGUNA AU2, DEWAN AU5, DEWAN PERBANDARAN, DEWAN DATO' AHMAD RAZALI, DEWAN CEMPAKA, DEWAN CHERAS BARU, DEWAN KAMPUNG AMPANG INDAH)
PENDAFTARAN & TAKLIMAT
Tarikh: 12 November 2025 (Rabu)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Galeri Aras 4, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
LAWATAN TAPAK:
AKAN DIMAKLUMKAN SEMASA TAKLIMAT
HARGA DOKUMEN:
RM 200.00 (Tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
12 November 2025 (Rabu) sehingga 03 Disember 2025 (Rabu) pada 12.00 tengah hari
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Kod Bidang (TERBUKA)
221001- PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT &
221002- MEMBERSIH KAWASAN
TARIKH TUTUP
03 Disember 2025 (Rabu) Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
NOTA:
- Hanya PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
- Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran tidak akan dipertimbangkan.
- Dokumen tender tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 12 November 2025 (Rabu) sehingga 03 Disember 2025 (Rabu) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Tempoh sah laku MOF adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup tender ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup tender, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftaran dengan MOF perlu dikemukakan.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
















 
 

