MPAJ 07/01/04-538/2024
CADANGAN KERJA PENSTABILAN CERUN DI MUTIARA KONDOMINIUM, JALAN BUKIT INDAH, DAERAH HULU LANGAT, MP AMPANG JAYA
PENDAFTARAN & TAKLIMAT
Masa : 9.30 Pagi
Tarikh: 14 Oktober 2024 (Isnin)
Tempat : Auditorium, Aras 5 Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
LAWATAN TAPAK :
Dimaklumkan semasa pendaftaran dan taklimat
HARGA DOKUMEN:
RM 300.00 (tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
14 Oktober 2024 (Isnin) sehingga 04 November 2024 (Isnin) pada 12.00 tengah hari
TARIKH TUTUP
04 November 2024 (Isnin), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
KOD BIDANG BARU :
GRED : G5
KATEGORI : CE
PENGKHUSUSAN : CE08 & CE21
Nota:
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SPKK oleh CIDB, PPK oleh CIDB, SSM yang masih sah.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada petender (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
- Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai Tender MPAJ. Dokumen tender tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 14 Oktober 2024 (Isnin) di Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
- Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.