1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MoF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 07 Februari 2023 (Selasa) sehingga 14 Februari 2023 (Selasa)di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (9.00 pagi - 4.00 petang)
3. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh 07 Februari 2023 (Selasa) tidak akan dipertimbangkan.
4. Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
5. Petender perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
7. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
8. Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran dan taklimat.
9. Petender yang menyertai perolehan ini, perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang berurusan dengan pihak Majlis.
10. Petender juga digalakkan mengemukakan semula dokumen pelawaan lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada tarikh tutup tender.
11. Pihak syarikat diwajibkan mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR.
12. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam notis tender sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab petender untuk mengemas kini pindaan tersebut.
13. Untuk melihat iklan yang lengkap, sila layari laman sesawang rasmi Majlis di www.mpaj.gov.my.