SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT
MAKLUMAT PENDAFTARAN:
Tarikh : 09 Disember 2024 (Isnin) Sehingga16 Disember 2024 (Isnin)
Masa: 9.30 Pagi -4.30 Petang
Tempat: Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
MAKLUMAT PENJUALAN DOKUMEN:
09 Disember 2024 (Isnin) sehingga 16 Disember 2024 (Isnin) pada 12.00 tengah hari
TARIKH TUTUP:
16 Disember 2024 (Isnin) Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
HARGA DOKUMEN:
RM150.00 (Wang tidak akan dikembalikan)
KOD BIDANG BARU :
GRED G2 (SYARIKAT DI DALAM NEGERI SELANGOR SAHAJA)
KATEGORI:
PEMBINAAN KEJURUTERAAN AWAM ( CE ) & PEMBINAAN BANGUNAN (B)
PENGKHUSUSAN :
B04 & CE 21
NOTA:
- Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK dan SSM yang masih sah.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 09 Disember 2024 (Isnin) sehingga 16 November 2024 2024 (Isnin) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Penyebut harga perlu mempunyai emel rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.