MENU
 

SYARAT

PENDAFTARAN  & TAKLIMAT:

Masa : 9.30 Pagi  /  Tarikh: 12 Jun 2024  (Rabu)  /  Tempat : Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

12 Jun 2024 (Rabu) sehingga 20 Jun  2024 (Khamis) pada 12.00 Tengah hari

Nota:

  1. Pihak syarikat di wajibkan mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM
  2. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM STM dan UPEN  yang masih sah.
  3. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
  4. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  5. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
  6. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.
  7. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam  dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
  8. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
  9. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam notis sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
  10. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

 

TARIKH TUTUP

20 Jun 2024 (Khamis)

Sebelum atau pada jam 12.00 tengahari

Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 14/01/02-493/2024
Tender Closing Date: 
Khamis, 20 Jun 2024