MENU
 

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT

MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN PENJUALAN DOKUMEN: 

Tarikh : 27 Disember 2024 (Jumaat) Sehingga 03 Januari 2025 (Jumaat)

Masa: 9.30 Pagi -4.30 Petang

Tempat: Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya

 

TARIKH TUTUP:

Tarikh : 03 Januari 2025 (Jumaat)

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

 

HARGA DOKUMEN:

RM100.00 (Wang tidak akan dikembalikan)

 

KOD BIDANG BARU :

GRED G1 (SYARIKAT YANG MEMBAYAR CUKAI DI MPAJ SAHAJA LAYAK MEMOHON)

 

KATEGORI:

PEMBINAAN KEJURUTERAAN AWAM ( CE )

 

PENGKHUSUSAN :

CE 21

 

NOTA:

  1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
  2. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, SSM dan STB yang masih sah.
  3. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 27 Disember 2024 (Jumaat) sehingga  03 Januari 2025 (Jumaat) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
  4. Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  5. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  6. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.
  7. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
  8. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
  9. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
  10. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
  11. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

 

Tender Ref: 
MPAJ 04/01/02-573/2024
Tender Closing Date: 
Jumaat, 3 Januari 2025