SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT:
MAKLUMAT PENDAFTARAN & TAKLIMAT:
Tarikh: 3 Oktober 2024 (Khamis)
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Dewan Perbandaran Pandan Indah, Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah.
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN:
3 Oktober 2024 (khamis) sehingga 10 Oktober 2024 (Khamis) pada 12.00 Tengah hari.
HARGA DOKUMEN:
RM100.00 (Wang tidak akan dikembalikan)
NOTA:
- Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR
- Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan bermula 03 Oktober 2024 (Khamis) Di Bahagian Ukur Bahan Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam notis sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
TARIKH TUTUP:
10 Oktober 2024 (Khamis) Sebelum atau pada jam 12.00 tengahari
Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur