MENU
 

1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran pada tarikh  02 Ogos 2022 (SELASA). 

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 2 Ogos 2022 sehingga 9 Ogos 2022 di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (9.00 pagi - 4.00 petang.)

3. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh 02 Ogos 2022 (Selasa) tidak akan dipertimbangkan.

4. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.

5. Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan dijual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

8. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran dan taklimat.

9. Penyebut harga yang menyertai perolehan ini, perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang berurusan dengan pihak Majlis.

10. Penyebut harga juga digalakkan mengemukakan semula dokumen pelawaan lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada tarikh tutup sebut harga.

11. Pihak syarikat diwajibkan mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1)  SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A), Surat Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari MOF dan UPEN SELANGOR yang masih sah.

12. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam notis sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.

13. Untuk melihat iklan yang lengkap, sila layari laman sesawang rasmi Majlis di www.mpaj.gov.my.

Tender Ref: 
MPAJ 04/03/02-138/2022
Tender Closing Date: 
Selasa, 9 Ogos 2022