- Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.
- Setiap dokumen sebut harga dijual dengan harga RM 30.00. Wang pembayaran tidak akan dikembalikan.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 2 JULAI 2019 di Aras 16, Bahagian Ukur Bahan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja di antara pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.00 hingga 5.00 petang (Isnin hingga Khamis) dan 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari dan 2.45 hingga 5.00 petang (Jumaat)
- Penyebut harga hendaklah menunjukkan SIJIL PENDAFTARAN ASAL SEPERTI DISYARATKAN sebelum dibenarkan menyertai tawaran semasa menghadiri taklimat Sebut Harga dan menyerahkan satu salinan sijil berkenaan.
- Dokumen Sebut harga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL SURAT YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT (Teknikal Dan Kewangan) dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga seperti tertera di atas.
- Bagi kerja ini, Majlis akan menggunakan sistem icomm.mpaj.gov.my sepenuhnya. Penyebut Harga perlulah membawa SIJIL ASAL SSM, MOF DAN UPEN dalam kod bidang yang berkaitan. Kegagalan penyebut harga membawa dokumen seperti yang dimohon akan menyebabkan pihak penyebut harga gagal menyertai tawaran ini. Pendaftaran akan dibuat sewaktu taklimat seperti yang dinyatakan diatas.
- Sebut Harga boleh dimuat turun melalui laman sesawang icomm.mpaj.gov.my dan wajib dibukukan / di dokumentasikan.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Tarikh akhir penjualan Dokumen Sebut harga adalah pada 9 JULAI 2019 sebelum pukul 12.00 PM. Dokumen Sebut harga tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
- Penyebut Harga di WAJIBKAN mempunyai emel rasmi syarikat bagi pendaftaran ICOMM.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa COP SYARIKAT semasa menghadiri taklimat.
NOTA:
- Pihak Kontraktor / Pembekal WAJIB membawa SIJIL ASAL serta Satu (1) SALINAN semasa Taklimat di jalankan.
*Sijil Kementerian Kewangan (MOF)
*Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN)
*Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Dokumen sebut harga hanya akan dijual kepada kontraktor yang menghadiri taklimat sahaja.
- Pihak Syarikat di Wajib mempunyai emel rasmi syarikat bagi pendaftaran Icomm