MPAJ 14/01/02-585/2025
CADANGAN MENAIKTARAF BUMBUNG DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI PANGSAPURI BLOK MAWAR DI BAWAH PERUNTUKAN PEMBANGUNAN BAGI TABUNG PENYELENGGARAAN PERUNMAHAN MALAYSIA (TPPM)
PENDAFTARAN & TAKLIMAT
Tarikh: 03 Mac 2025 (Isnin)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
HARGA DOKUMEN:
RM 150.00 (Wang tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN:
03 Mac 2025 (Isnin) sehingga 10 Mac 2025 (Isnin) pada 12.00 tengah hari
LAWATAN TAPAK: AKAN DIMAKLUMKAN SEMASA TAKLIMAT
TARIKH TUTUP:
10 Mac 2025 (Isnin)
Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
GRED, PENGKHUSUSAN DAN KOD BIDANG: G2, CE21
Nota:
- Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 03 Mac 2025 (Isnin) di Bahagian Ukur Bahan, Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SPKK, PPK, SSM, STB (Jika Alamat Luar Negeri Selangor) (Bagi kerja Bil.1 & 3 sahaja) dan UPEN yang masih sah.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK dengan CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftraan dengan CIDB perlu dikemukakan.
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
- Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.