MENU
 

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT

MAKLUMAT PENDAFTARAN: 

Tarikh : 11 September 2025  (Khamis)

Masa: 9.30 Pagi

Tempat: Auditorium, Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya

 

TARIKH TUTUP:

18 September 2025 (Khamis) Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari

Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

HARGA DOKUMEN:

RM100.00 (Wang tidak akan dikembalikan)

 

KOD BIDANG BARU :

GRED G1 (SYARIKAT YANG MEMBAYAR CUKAI DI BAWAH MPAJ SAHAJA)

 

KATEGORI:

PEMBINAAN KEJURUTERAAN AWAM ( CE )

PENGKHUSUSAN :

CE 21

 

 

NOTA:

  1. Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
  2. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, STB, SSM, UPEN  dan yang masih sah.
  3. Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK, STB dari CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftaran dengan CIDB perlu dikemukakan.
  4. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  5. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 11 September 2025  (Khamis) sehingga 18 September 2025 (Khamis) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
  6. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
  7. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
  8. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.
  9. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
  10. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
  11. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
  12. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
  13. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

 

Tender Ref: 
MPAJ 04/01/02-671/2025
Tender Closing Date: 
Khamis, 18 September 2025