MENU
 

1. Kontraktor diwajibkan menghadiri pendaftaran. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran sepanjang tempoh tawaran. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 14 DISEMBER 2020 di Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja (10.00 pagi - 3.00 petang Isnin - Jumaat sahaja).

3. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DIDOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti tertera di atas.

4. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut Harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

5. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

6. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. 

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

8. Penyebut harga diGALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

9. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM dan UPEN yang masih sah. Kegagalan pihak syarikat membawa dokumen tersebut akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini.

10. Memandangkan Sebut Harga ini dilaksanakan di dalam tempoh PKPB, syarikat yang memerlukan surat kebenaran merentas daerah bagi tujuan menyertai pelawaan ini, boleh mendapatkan surat tersebut di laman web rasmi Majlis iaitu: www.mpaj.gov.my

Tender Ref: 
MPAJ 10/01/02-142/2020
Tender Closing Date: 
Isnin, 21 Disember 2020