MENU
 

 

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT

MAKLUMAT PENDAFTARAN & TAKLIMAT: 

Tarikh: 30 Oktober 2024 (Rabu)

Masa: 9.30 Pagi

Tempat: Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

 

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN:

30 Oktober 2024 (Rabu) sehingga 6 November 2024 (Rabu) pada 12.00 tengah hari

 

TARIKH TUTUP:

6 November 2024 (Rabu) sebelum atau pada jam 12.00 tengahari

Lobi Aras 4, Menara MPAJ,  Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

 

HARGA DOKUMEN:

RM150.00 (Wang tidak akan dikembalikan)

 

NOTA:

  1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
  2. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, SSM dan UPEN yang masih sah.
  3. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  4. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut
  5. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapan tidak akan dipertimbangkan.
  6. Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan bermula 30 Oktober 2024 (Rabu)  Di Bahagian Ukur Bahan Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 
  7. Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.
  8. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
  9. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT
  10. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
  11. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
  12. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

 

*KERJA INI ADALAH GRED G2: SYARIKAT DI BAWAH NEGERI SELANGOR SAHAJA LAYAK UNTUK MENDAFTAR

Tender Ref: 
MPAJ 09/01/02-541/2024
Tender Closing Date: 
Rabu, 6 November 2024