SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT :
**GRED G1 SYARIKAT YANG MEMBAYAR CUKAI DIBAWAH MPAJ SAHAJA
PENDAFTARAN :
Masa : 9.30 Pagi
Tarikh: 03 Julai 2025 (Khamis)
Tempat : Galeri Aras 4, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
HARGA DOKUMEN :
RM 100.00 (tidak akan dikembalikan)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN :
03 Julai 2025 (Khamis) sehingga 10 Julai 2025 (Khamis) pada 12.00 tengah hari.
TARIKH TUTUP :
10 Julai 2025 (Khamis), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.
KOD BIDANG BARU :
GRED : G1
KATEGORI : KEJURUTERAAN AWAM ( CE )
PENGKHUSUSAN : CE21
Nota:
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PPK, STB, SSM, UPEN dan yang masih sah.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK, STB dan CIDB adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftaran dengan CIDB perlu dikemukakan.
- Hanya PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 03 Julai 2025 (Khamis) sehingga 10 Julai 2025 (Khamis) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
- Penyebut harga perlu mempunyai emel rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
TARIKH TUTUP :
10 Julai 2025 (Khamis), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.
Lobi aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100, Selangor, KL.