SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT
MAKLUMAT PENDAFTARAN:
Tarikh : 23 Oktober 2025 (Khamis) sehingga 30 Oktober 2025 (Khamis)
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
MAKLUMAT PENJUALAN DOKUMEN:
23 Oktober 2025 (Khamis) sehingga 30 Oktober 2025 (Khamis) pada 12.00 tengah hari
TARIKH TUTUP:
30 Oktober 2025 (Khamis) sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
HARGA DOKUMEN:
RM100.00 (Wang tidak akan dikembalikan)
PENGKHUSUSAN :
220503 - PERKAKAS/ SISTEM ELEKTRIK
SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA (STM)
NOTA:
- Hanya PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR
- Tempoh sah laku Sijil MOF adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftaran dengan CIDB perlu dikemukakan.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran tidak akan dipertimbangkan.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 23 Oktober 2025 (Khamis) sehingga 30 Oktober 2025 (Khamis) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.











