MENU
 

 

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PERANGKAP MINYAK JENIS BERPUSAT (KOMUNAL) DI MEDAN SELERA / BAZAR MILIK MPAJ DI ZON HULU KELANG (BAZAR MELAWATI, MEDAN SELERA TAMAN MELAWATI (LAMA), MEDAN SELERA ANJUNG MELAWATI, MEDAN SELERA TAMAN DESA KERAMAT, MEDAN SELERA AU2 (FELDA), GERAI UPEN JALAN J9, TAMAN MELAWATI) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA, AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN. (MPAJ 19/03/02-308/2025)

 

PENDAFTARAN :

Masa : 9.30 Pagi

Tarikh: 09 Julai 2025 (Rabu)

Tempat : Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya

 

HARGA DOKUMEN :

RM 100.00 (Tidak akan dikembalikan)

 

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN :

09 Julai 2025  (Rabu) sehingga 16 Julai 2025 (Rabu) pada 12.00 tengah hari

 

TARIKH TUTUP :

16 Julai 2025 (Rabu), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.

Lobi aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100, Selangor, KL.

 

KOD BIDANG BARU :

KEMENTERIAN KEWANGAN

KOD BIDANG : (TERBUKA) – 221010 – KOLAM KUMBAHAN/ SISA PERAWATAN/ TALIAN PAIP/ SESALUR

 

Nota:

 

  1. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1)  SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR

 

  1. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.

 

  1. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.

 

  1. Tempoh sah laku Sijil MOF adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftaran dengan MOF perlu dikemukakan.

 

  1. Hanya PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.

 

  1. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 09 Julai 2025  (Rabu) sehingga 16 Julai 2025 (Rabu)  di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).

 

  1. Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

 

  1. Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

 

  1. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.

 

  1. Penyebut harga perlu mempunyai emel rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.

 

  1. Penyebut harga  yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

 

  1. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

 

  1. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

 

Attachments: 
Tender Ref: 
MPAJ 19/03/02-308/2025
Tender Closing Date: 
Rabu, 16 Julai 2025