MPAJ 07/01/02-576/2024
CADANGAN KERJA-KERJA PEMOTONGAN POKOK YANG BERISIKO SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI SEPANJANG JALAN SERDANG, JALAN G2 DAN JALAN G3, TAMAN MELAWATI, MUKIM HULU KELANG, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN
PENDAFTARAN & TAKLIMAT
Masa : 9.30 Pagi
Tarikh: 08 Januari 2025 (Rabu)
Tempat : Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
LAWATAN TAPAK:
AKAN DIMAKLUMKAN SEMASA TAKLIMAT
HARGA DOKUMEN:
RM 200.00 (tidak akan dikembalikan)
KOD BIDANG BARU : GRED G3 (CE21)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
08 Januari 2025 (Rabu) sehingga 15 Januari 2025 (Rabu) pada 12.00 tengah hari
TARIKH TUTUP
15 Januari 2025 (Rabu) Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
Nota:
- Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK DIBENARKAN.
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SPKK, PPK, SSM , STB (Untuk Kerja G1) (Jika Alamat Luar Negeri Selangor Untuk Kerja G3) dan UPEN yang masih sah.
- Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 08 Januari 2025 (Rabu) sehingga 15 Januari 2025 (Rabu) di Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5 , Majlis Perbandaran Ampang Jaya . (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.