SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT
MAKLUMAT PENDAFTARAN:
Tarikh: 13 Mac 2025 (Khamis)
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Auditorium Aras 5, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya
KOD BIDANG BARU :
G2/ G3
KATEGORI :
MEKANIKAL (ME)
PENGKHUSUSAN :
M01
ATAU
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN
KOD BIDANG : (TERBUKA)
220301 – ALAT PENGHAWA DINGIN (WINDOW/ SPLIT/ BERPUSAT)
TARIKH PENJUALAN DOKUMEN:
13 Mac 2025 (Khamis) sehingga 20 Mac 2025 (Khamis) pada 12.00 tengah hari
HARGA DOKUMEN:
RM150.00 (Wang tidak akan dikembalikan)
NOTA:
- Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan semasa pendaftaran. Wakil syarikat TIDAK
- Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan SPKK, PPK, SSM, STB dan UPEN yang masih sah ATAU Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR.
- Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan pada 13 Mac 2025 (Khamis) sehingga 20 Mac 2025 (Khamis) di Bahagian Ukur, Tingkat 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya. (9.00 pagi - 4.00 petang (Isnin- Jumaat).
- Kegagalan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan
- Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
- Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam kenyataan sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
- Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
- Tempoh sah laku Sijil PPK, SPKK ,CIDB dan MOF adalah tidak kurang 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga ini. Sekiranya sijil akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup sebut harga, bukti pelanjutan/ pembaharuan pendaftraan dengan CIDB / MOF perlu dikemukakan.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
TARIKH TUTUP
20 Mac 2025 (Khamis), Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
*KERJA INI ADALAH GRED G2: SYARIKAT DI BAWAH NEGERI SELANGOR SAHAJA LAYAK UNTUK MENDAFTAR ATAU GRED G3 : SYARIKAT LAIN-LAIN NEGERI LAYAK UNTUK MENDAFTAR.