1) Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 03 Januari 2023 hingga 10 Januari 2023 (Khamis)di Aras 4, Galeri Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
2) Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SATU (1) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT.
3) Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di dalam talian di dalam laman sesawang https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4) Kontraktor / Syarikat TIDAK DIBENARKAN mengemukakan surat "Kebenaran Khas Menyertai Sebut harga Di Luar Bidang Pengkhususan" yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB dan Surat Kebenaran Khas menyertai sebut harga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.
5) Penyebut harga perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
6) Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
7) Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
8) Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran dan taklimat.
9) Penyebut harga yang menyertai perolehan ini, perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang berurusan dengan pihak Majlis.
10) Penyebut harga juga digalakkan mengemukakan semula dokumen pelawaan lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada tarikh tutup sebut harga.
11) Dokumen yang dihantar melalui e-mel atau whatsapp WAJIB melampirkan SET LENGKAP SSM, CIDB, SPKK, PKK, STB, STM dan UPEN dalam format PDF serta menyatakan e-mel syarikat. Kegagalan pihak syarikat menghantar dokumen pendaftaran tersebut melalui e-mel atau WhatsApp akan menyebabkan pihak syarikat TIDAK BOLEH menyertai perolehan ini. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
12) Untuk melihat iklan yang lengkap, sila layari laman sesawang rasmi Majlis di www.mpaj.gov.my.