- 2 keping gambar pemohon ukuran kad pengenalan.
- 1 keping gambar penuh anjing yang hendak dilesenkan (ukuran poskad)
- 1 salinan kad pengenalan pemohon (depan/belakang)
- Surat pengesahan suntikan Penyakit Anjing Gila (Hydrophobia) samada oleh Pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor atau mana-mana doktor veterinar berdaftar .
- Bayaran berikut : (yang berkaitan)
- Lesen baru/ memperbaharui (1 Tahun sahaja) = RM 15.00 seekor
- Lesen ganti (untuk tahun berkenaan sahaja) = RM 10.00 seekor
- Tukar milik = RM 5.00 seekor
- Kad tuan punya = RM 2.00 seekor
- Bilangan anjing yang boleh dilesenkan bagi satu-satu premis
- Kurang 1000 meter persegi = 1-2 ekor
- Lebih 1000 meter persegi = 4 ekor
- Tiada lesen dikeluarkan bagi anjing-anjing yang disimpan lebih tinggi daripada tingkat bawah mana-mana bangunan.
- Pemohon perlu mengambil langkah-langkah kebersihan dan keselamatan pemeliharaan anjing agar tidak menimbulkan kacau ganggu.
- Sekiranya pemilik kehilangan lencana dan / atau kad lesen , maka hendaklah mengisi semula borang permohonan baru dengan disertai bayaran lesen ganti.