MENU
 

PENUTUPAN SALURAN ADUAN

Dimaklumkan bahawa saluran aduan WhatsApp MPAJ telah ditutup sepenuhnya berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.

Penutupan ini merupakan sebahagian daripada usaha MPAJ untuk memperkasakan sistem pengurusan aduan yang lebih cekap, tersusun dan selamat melalui saluran rasmi.

Mengapa saluran WhatsApp ditutup?

  1. Memusatkan semua aduan melalui sistem rasmi.
  2. Meningkatkan kecekapan pengurusan aduan secara lebih sistematik dengan nombor rujukan ke arah bandar digital.
  3. Mengurangkan risiko keciciran aduan.
  4. Memudahkan penyediaan laporan dan statistik.
  5. Meningkatkan keselamatan serta integriti data.

Salurkan aduan anda melalui saluran rasmi MPAJ:

  • Portal Aduan: https://mpaj.spab.gov.my
  • Hotline: 03-4296 8100
  • Bebas Tol: 1-800-22-8100
  • PANTAS: 03-4285 7333
  • E-mel: hotline [at] mpaj [dot] gov [dot] my
  • Kaunter Aduan Menara MPAJ, Aras 7 (8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai dalam membantu MPAJ memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan berkualiti.