
Dimaklumkan bahawa saluran aduan WhatsApp MPAJ telah ditutup sepenuhnya berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.
Penutupan ini merupakan sebahagian daripada usaha MPAJ untuk memperkasakan sistem pengurusan aduan yang lebih cekap, tersusun dan selamat melalui saluran rasmi.
Mengapa saluran WhatsApp ditutup?
- Memusatkan semua aduan melalui sistem rasmi.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan aduan secara lebih sistematik dengan nombor rujukan ke arah bandar digital.
- Mengurangkan risiko keciciran aduan.
- Memudahkan penyediaan laporan dan statistik.
- Meningkatkan keselamatan serta integriti data.
Salurkan aduan anda melalui saluran rasmi MPAJ:
- Portal Aduan: https://mpaj.spab.gov.my
- Hotline: 03-4296 8100
- Bebas Tol: 1-800-22-8100
- PANTAS: 03-4285 7333
- E-mel: hotline [at] mpaj [dot] gov [dot] my
- Kaunter Aduan Menara MPAJ, Aras 7 (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai dalam membantu MPAJ memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan berkualiti.











