MENU
 

KHAS UNTUK PENGGUNA

pangkah

.MPAJBot

Khas untuk pengguna - Kod QR

Sila imbas kod QR untuk mengakses perkhidmatan kami atau klik pautan berikut. Layari pautan dengan menggunakan Google Chrome.

SISTEM KOMUNITI PINTAR- ICOMMSISTEM KOMUNITI PINTAR- ICOMMSila imbas kod QR untuk Bayar Bil / Kompaun atau klik pautan berikut.

Terima kasih kerana melayari laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Bantu kami memperbaiki perkhidmatan kami. BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN ONLINE

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT:

 

MAKLUMAT PENDAFTARAN & TAKLIMAT: 

Tarikh: 3 Oktober 2024 (Khamis)

Masa: 9.30 Pagi

Tempat: Dewan Perbandaran Pandan Indah, Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah.

 

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN:

3 Oktober 2024 (khamis) sehingga 10 Oktober 2024 (Khamis) pada 12.00 Tengah hari.

 

HARGA DOKUMEN:

RM100.00 (Wang tidak akan dikembalikan)

 

NOTA:

  1. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil MOF sahaja yang dibenarkan untuk hadir semasa pendaftaran.
  2. Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1)  SET LENGKAP SSM, SET LENGKAP MOF (termasuk lampiran A) dan UPEN SELANGOR
  3. Penyebut harga perlu mempunyai e-mel rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing  sebagai pengesahan pembelian.
  4. Dokumen Meja Tawaran akan dipaparkan bermula 03 Oktober 2024 (Khamis)  Di Bahagian Ukur Bahan Aras 5, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  5. Kegagalan untuk menghadiri pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  6. Dokumen sebut harga wajib DIBUKUKAN / DI DOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam DUA (2) SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT iaitu Sampul Kewangan dan Sampul Teknikal.
  7. Syarikat perlulah membaca syarat-syarat dan arahan kepada penyebut harga (Dalam dokumen pelawaan) bagi mengelakkan berlaku kesilapan ketika mengisi dokumen pelawaan dan mengemukakan semula tawaran.
  8. Majlis berhak membuat pindaan dari semasa ke semasa maklumat di dalam notis sebut harga sebelum tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Ianya adalah tanggungjawab Penyebut harga untuk mengemas kini pindaan tersebut.
  9. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
  10. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.
  11. Penyebut harga di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri pendaftaran.

 

TARIKH TUTUP:

10 Oktober 2024 (Khamis) Sebelum atau pada jam 12.00 tengahari

Lobi Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

Tender Ref: 
MPAJ 07/02/02-098/2024
Tender Closing Date: 
Khamis, 10 Oktober 2024