MENU
 
Ancaman Ketenteraman Awam:-
-Menggugat keharmonian antara jiran tetangga.
-Mendedahkan bahaya dikejar dan gigitan kepada orang ramai.
-Suaranya yang bising menjadi gangguan di waktu malam.
-Pengurusan makanan dan najis yang tidak teratur menyebabkan kekotoran dan gangguan bau.
-Menghindar sebarang penyiksaan terhadap binatang.
-Menyebarkan penyakit berjangkit kepada manusia.

Anjing liar mempunyai:-
-Parasit
-Kuman bakteria, Virus
-Kuman kulat yang boleh membahayakan kesihatan orang awam

Pencemaran alam sekitar:-
-Pencemaran alam sekitar melalui najis, bulu dan menyelongkar sampah dan tong sampah. -Sumber pembiakan lalat dan tikus.
-Sumber pembiakan anjing liar.

Kawalan anjing liar:- Kawalan adalah tanggungjawab semua:
-Dapatkan lesen dan pemeriksaan kesihatan berjadual.
-Laporkan kepada pihak majlis (MPAJ) jika terdapat gangguan anjing liar.
-Laporkan juga kepada MPAJ jika terdapat empunya yang tidak memelihara dan menjaga anjing mereka secara baik.
-Sampah sarap hendaklah disimpan didalam tong sampah yang bertutup rapat agar anjing liar tidak menyelongkar sampah.
-Anjing hendaklah disimpan didalam kawasan rumah atau dirantai. Elakkan melepas bebas anjing supaya tidak jadi liar.
-Untuk mengelakkan pembiakan yang tidak terkawal, hantarlah anjing untuk program pemandulan.