MENU
 

BEG KECEMASAN

TALIAN BENCANA

BUKU PANDUAN CERUN

SALURAN ADUAN

Monsun Timur Laut dijangka bermula pada November depan dan berterusan sehingga Mac 2025 dengan ramalan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

 

Susulan itu warga Ampang Jaya diingatkan supaya menyediakan Beg Kecemasan. Beg kecemasan ini perlu mengandungi dokumen dan barangan utama yang perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlaku pelbagai jenis kecemasan yang tidak dijangka. Talian Perhubungan Bencana MPAJ juga perlu disimpan dan dikongsikan sebagai rujukan.

 

Diingatkan juga supaya warga Ampang Jaya mendapatkan salinan Buku Panduan Penyenggaraan Cerun Untuk Orang Awam (Dwi bahasa) yang dihasilkan oleh MPAJ dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Jabatan Kerjaraya Malaysia.

 

Penghasilan buku panduan ini merupakan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap risiko bahaya tanah tinggi serta memahami bagaimana kaedah untuk menyelenggara cerun.

 

Klik pautan di bawah:

https://www.mpaj.gov.my/sites/default/files/booklet_cerun_dwibahasa-edit_3.pdf

 

Warga Ampang Jaya turut dinasihatkan berhati-hati ketika peralihan monsun timur laut. Sekiranya berlaku kecemasan sila hubungi 03-42857333 (Unit Pantas MPAJ).

 

#KitaSelangorMajuBersama

#32TahunMPAJ

#MPAJBandarBungaTanjung

#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni