18 September 2024 (11.00 pagi) ~ Merujuk kepada kenyataan palsu seorang pemilik akaun TikTok kununnya MPAJ telah datang tetapi tiada tindakan diambil, MPAJ dengan ini menafikan tuduhan tersebut. Pemilik premis makanan yang dimaksudkan di Taman Sri Keramat yang tular di aplikasi Tiktok pernah dikenakan kompaun pada 6 Mac 2024 atas kesalahan beroperasi tanpa lesen. Menjadi satu kesalahan jika menjalankan aktiviti perniagaan di premis berstatus kediaman.
Berdasarkan informasi daripada pengguna akaun TikTok pada September 2024, anggota penguatkuasa MPAJ telah mengeluarkan satu lagi kompaun pada 12 September 2024 kerana masih beroperasi tanpa lesen. Tindakan susulan telah diambil pada 18 September 2024 di mana MPAJ telah menyita barang-barang perniagaan pemilik premis dengan arahan menghentikan aktiviti perniagaan di lokasi tersebut. Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak MPAJ.
MPAJ juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik akaun TikTok 'MrsGrey' yang telah menyalurkan maklumat. Sesungguhnya anda adalah mata dan telinga kami. Sila salurkan sebarang aduan ke https://mpaj.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau WhatApps ke 019-2668100. Terima kasih.
Sila klik pautan untuk melihat video : https://www.facebook.com/reel/1577015586573790
#KitaSelangorMajuBersama
#32TahunMPAJ
#MPAJBandarBungaTanjung
#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni