MENU
 

JOM MERIAHKAN MINI KARNIVAL

  • 4 Disember 2025 (Khamis)
  • The Campus, Ampang
  • Masuk adalah PERCUMA

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melalui Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Platform Selangor (PLATS) dan The Campus, Ampang akan menganjurkan Mini Karnival Usahawan MPAJ 2025 khas untuk para usahawan dan warga Ampang Jaya.

Pelbagai pengisian menarik menanti anda, antaranya:

  1. Bengkel & taklimat pembangunan usahawan serta info terkini skim perniagaan PLATS
  2. Bengkel kraftangan produk kayu bersama The Green Factory – peserta berpeluang membawa pulang produk kayu lestari secara PERCUMA
  3. Pelbagai jualan produk, promosi & tawaran harga menarik dari usahawan MPAJ
  4. Anugerah & sijil penghargaan mengikut kategori usahawan yang berjaya

Orang ramai khususnya warga Ampang Jaya dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan karnival ini sambil menyokong usahawan tempatan.

Untuk pertanyaan lanjut:
Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan MPAJ
03-4285 7344 / 03-4285 7173

#MPAJ #MiniKarnivalUsahawanMPAJ2025 #PLATSSelangor #UsahawanTempatan #RakyatHarmoniAmpangSejahtera