MENU
 

PROGRAM GERAN KECIL ALAM SEKITAR

Pengumuman berkenaan Program GKAS Negeri Selangor Tahun 2024 di bawah EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar. Pendaftaran boleh dibuat seawal 1 Jun 2024!

 

Setiap permohonan yang berjaya akan menerima geran sehingga RM10,000 untuk manjalankan projek:

1. Projek SPAH (Sistem Penuaian Air Hujan) bagi kegunaan domestik dan pertanian kecil; ATAU

2. Kebun Komuniti sebagai ruang hijau, tempat pembelajaran alam sekitar dan sumber makanan organik.

 

Tempoh Permohonan: 1 Jun - 30 Jun 2024

Tarikh Pemakluman Keputusan: 17 Julai 2024

Tempoh Pelaksanaan Projek: 1 Ogos - 30 Oktober 2024

Tarikh Penyerahan Laporan: 15 November 2024

 

Daftar sekarang di pautan tiny.cc/GeranKecilAlamSekitar24 dan marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam usaha memelihara alam sekitar dan memperkasa komuniti.

 

#KitaSelangorMajuBersama

#31TahunMPAJ

#MPAJBandarBungaTanjung

#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni