Hebahan Warga Ampang Jaya
Bermula 17 - 29 Mac 2025 orang awam boleh mendapatkan khidmat secara percuma berdasarkan terma dan syarat.
TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH PUKAL PERCUMA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Untuk memastikan kelancaran perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri serta mengelakkan lambakan sampah yang tidak terkawal, pihak KDEB Waste Management (KDEBWM) menetapkan terma dan syarat berikut:
1. JENIS SAMPAH YANG DIBENARKAN UNTUK KUTIPAN
Hanya sampah pukal berikut akan dikutip:
- Perabot lama (yang telah dileraikan)
- Barangan elektrik rosak
- Sisa kebun (daun, ranting kecil) – mesti diikat kemas dan dimasukkan ke dalam plastik bersesuaian
- Barang terpakai yang tidak lagi digunakan
2. JENIS SAMPAH YANG TIDAK DIBENARKAN
Kutipan TIDAK meliputi sampah berikut:
- Sisa pemotongan pokok berskala besar (dahan besar, batang pokok)
- Sisa pembinaan & renovation (simen, batu, kayu, jubin)
- Sisa perniagaan atau industri
- Sisa pembersihan / perpindahan rumah berskala besar
Penduduk bertanggungjawab untuk menguruskan sendiri pembuangan sampah yang tidak termasuk dalam kategori kutipan ini.
3. PROSEDUR KUTIPAN
- Kutipan ini hanya tertakluk untuk rumah jenis landed house sahaja.
- Penghuni rumah bertingkat diminta berhubung dengan JMB masing-masing dan menempatkan sampah pukal di rumah sampah yang telah ditetapkan.
- Sampah pukal perlu dikeluarkan sendiri oleh penduduk dan ditempatkan di hadapan rumah pemohon atau lokasi yang bersesuaian.
- Pekerja KDEBWM TIDAK dibenarkan masuk ke dalam rumah untuk mengangkat sampah.
- Kutipan hanya akan dibuat mengikut tempahan / jadual yang telah ditetapkan.
- Pastikan sampah tidak menghalang laluan atau menjejaskan keselamatan awam.
- Perabot lama mesti dileraikan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan ruang dalam lori.
Bagi sampah pukal dengan kuantiti yang banyak, penduduk perlu menyewa sendiri lori roro lain untuk urusan pembuangan sampah tersebut.
4. KEPATUHAN DAN TINDAKAN
- Sampah yang tidak menepati syarat di atas tidak akan dikutip.
- Kegagalan mematuhi garis panduan ini boleh menyebabkan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa tempatan.
- Pihak KDEBWM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang akibat pembuangan yang tidak mengikut peraturan.
5. MAKLUMAT LANJUT & TEMPAHAN PERKHIDMATAN
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan kutipan, sila hubungi:
Telefon:
- 019-3759592
- 019-3753980
- Pejabat KDEBWM Ampang Jaya: 03-42854144
WhatsApp:
019-2742824
Aplikasi i-Clean Selangor:
- Muat turun aplikasi *i-Clean Selangor* untuk mendapatkan perkhidmatan ini dengan lebih mudah.
- Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan persekitaran yang bersih dan selesa sepanjang musim perayaan ini.
Terima kasih.
KDEB Waste Management Cawangan Ampang Jaya