Hebahan Warga Ampang Jaya
Majlis Pelancaran dan Jualan Mega Ehsan Rahmah (JER) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor akan berlangsung pada ketentuan berikut :
Hari : 31 Mei 2023 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Dewan Serbaguna MPAJ, AU2
Pelbagai barangan asas yang dijual dengan harga yang lebih murah dalam pasaran. Apa tunggu lagi? Ayuh warga Ampang Jaya kongsikan berita baik ini kepada kenalan tuan/puan. MPAJ turut membuka kaunter bergerak cukai taksiran dan pameran pelancongan. Jumpa di sana.
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#MPAJBandarDigitalBerdayaHuni