Jom sama-sama kita fahami Endowmen MPAJ.
Apa itu Endowmen MPAJ ??
Endowmen merupakan sebuah tabung kebajikan yang mana hasil daripada dana yang terkumpul melalui endowmen akan digunakan untuk manfaat pelbagai pihak. Cadangan penubuhan Endowmen MPAJ bermula setelah kunjungan MPAJ ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) diadakan pada awal Februari 2023 yang lalu. Penubuhan Tabung Endowmen MPHS dilihat berhasil apabila MPHS berjaya membiayai pelbagai aktiviti kebajikan. Hasil cetusan idea oleh Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, mantan Yang Dipertua MPAJ dan berkat sokongan oleh Dr. Ani binti Ahmad selaku Yang Dipertua MPAJ, Endowmen MPAJ mula dirangka pada April 2023 dan dilancarkan pada 27 Jun 2023.
Diharapkan Endowmen MPAJ akan terus berkembang dan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya di kawasan pentadbiran MPAJ.
Jom saksikan video Endowmen MPAJ : https://youtu.be/40qBDBXH7_Q